Isnin, 31 Ogos 2015

                                                   CARA PENJAGAAN BURUNG BUDGIES
Assalamualaikum,kali ini saya mahu berkongsi cara penjagaan burung budgies kepada semua tentang penjagaan burung budgies bagi meningkatkan kualiti burung budgies anda menjadi lebih tinggi daripada sebelumnya...

Perkara pertama yang harus anda tahu apabila ingin menjinakkan diri dalam penjagaan burung budgies sangat penting untuk anda meluangkan masa anda kepada burung budgies anda sebab ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian anda sepanjang penjagaan budgies dilakukan...


  1. Air minuman kena selalu ganti dan pastikan tiada lumut didalamnya
  2. Kena luangkan masa untuk bersihkan kandang agar hama atau apa-apa kutu tidak wujud
  3. Makanan harus diberikan diet..diberikan ikut jadual yang telah ditetepkan
  4. Sentiasa merekod bilangan telur dan harinya kerana burung budgies akan bertelur selang sehari atau 2 hari untuk sebiji dan apabila berlaku pengeraman maka telur akan menetas dalam jarak yang jauh antara satu sama lain.kalau tiada perhatian maka anak besar akan memijak anak yang kecil.
  5. Kena selalu tengok kaki,mulut dan kepala mereka takut timbulkan penyakit.
  6. Habuk kayu yang digunakan boleh melemaskan anak budgies andai terlalu tebal terutamanya waktu malam.
  7. Semut atau kerengga harus diperhatikan kerana mereka suka memakan daging anak2 budgies
     8.Pencuri...ni lagi penting..pencuri selalu ada untuk perhatikan anak-anak burung budgies anda
               
       ha..ni jadual rekod telur menetas..kalau telur keluar 2 dec maka 20 dec tu akan menetas..begitulah seterusnya..

Faktor pengelap menyebabkan warna burung budgies jadi lebih gelap
kali ini pula saya nak kongsikan warna pengelap burung budgies.

  1. kalau warna budgies budgies hijau biasa dipanggil normal green.
Dibawah ini saya sertakan beberapa gambar burung budgies yang mempunyai faktor pengelap: